Monday 30 January 2012

~Yaya Goes to School~

Semenjak dua minggu yang lalu, YaYa telah dihantar untuk menghadiri sesi Playgroup bersama AL** Kids. Minggu pertama di sesi itu, YaYa kelihatan keliru dengan keadaan. Ada kawan-kawan sebaya yang menangis, melompat dan ada pula yang tekun mendengar Teacher berbicara. Sememangnya agak sukar untuk anak sekecil YaYa menumpukan perhatian dengan keadaan sekeliling apatah lagi rakan-rakan yang melompat dan menangis dalam kumpulan itu adalah sebaya. Hanya apabila Teacher memberikan paint brush dan watercolor dia memberikan perhatian.Kagum dengan semangatnya untuk mewarna lukisan yang diberikan Teacher walaupun hasilnya tidak seberapa. Bagi kanak-kanak sekecil ini, hasil yang ditunjukkan sudah cukup membuatkan hati mamanya berbunga :D. Walau pun di minggu pertama ini minatnya terhadap apa yang diajar masih kurang namun, minat yang ditunjukkan dalam sesi art & craft dapat sedikit sebanyak menyelami minat anak kecil ini.
Dalam sesi seterusnya minat anak kecil ini terus dicungkil, sekali lagi sesi arts & craft berjaya mencuri hati dan minatnya. Ketekunan dapat dilihat dari cara YaYa mewarna ibu jari Mamanya untuk dicap di atas kertas untuk membentuk seekor caterpillar. Memang anak ku suka menconteng rupanya. Bile Teacher collect balik sume watercolour dia marah because Yaya belum puas main with all the colours. Takpe nanti Mama belikan watercolour dan paintbrush. Jangan diconteng dinding rumah sudah. Habis je kelas, excited dia nak show to Papa her artwork.
Jadi, apa yang nak dikatakan di sini adalah, kewujudan kumpulan kecil seperti ini seharusnya dikembangkan lagi. Bukan hanya terhad kepada sesi akademik sahaja. Kewujudan sesi seperti ini bukan sahaja membentuk generasi yang bukan sahaja pandai tetapi juga kreatif. Kaedah pembelajaran masa kini banyak memberi fokus kepada penggunaan otak kanan berbanding otak kiri yang menjadi pencetus kepada minda yang kreatif. Jika dilihat kepada negara-negara maju, mereka banyak menggalakan penggunaan otak kiri bagi meyeimbangkan otak kanan manusia. Mungkin cara ini boleh diadaptasi dalam sistem pembelajaran supaya dapat melahirkan lebih ramai cendiakawan yang bukan sahaja bijak akademik tetapi kreatif dan juga inovatif di masa akan datang.
Melihatkan ini Mama Meera aka YaYa menyimpan cita-cita untuk menubuhkan kumpulan kecil seperti ini untuk melahirkan anak-anak yang bukan sahaja bijak pandai, tetapi dalam masa yang sama kreatif. Doakan hajat Mama Meera aka YaYa termakbul :D

No comments:

Post a Comment