Saturday 21 May 2011

~Entry Papa~

Setelah seminggu berad di hospital kami kembali semula ke rumah. Seperti hari-hari bekerja biasa our pumpkin akan dihantar ke rumah babysitter. Apa yang mengejutkan our pumpkin yang selama ini tidak pernah menangis apabila dihantar ke rumah baby sitter, akhirnya menangis kerana kami menghantarnya. Hati mana la tak sedih melihatkan anak menangis apabila dihantar ke rumah baby sitter. Tapi apakan daya, nak tak nak anak perlu dibiasakan dengan keadaan sebegitu. Tetapi yang peliknya apabilla kami mengambilnya sebaik pualng dari kerja, our pumpkin tak mau pulak balik. dah terbalik. Hampir setiap hari perkara sama berlaku dan ianya sudah jadi kebiasaan.  Apa pon anak-anak tak boleh di pampered sgt. sekali sekala kena diajar berdikari walau masih kecil. Salah satu kebaikan menghantar anak ke rumah baby sitter adalah dia akan belajar berkawan dan menyesuaikan diri dengan org selain keluarga sendiri. Selain dapat pengaruh-pengaruh positif seperti sayang kepada binatang contohnya dan minat terhadap buku-buku. Walau bagaimanapun di antara perkara yang tidak dapat dielak apabila menghantar anak ke rumah org adalah penyakit berjangkit yang mungkin mengjangkiti anak kita. itu antara risiko yang perlu diambil kira oleh ibu bapa dalam membuat keputusan untuk sama ada menghantar anak ke nurseri, baby sitter atau mengambil org gaji. Keputusan adalah di tangan anda. Kita berhak memilih dan setiap pilihan mempunyai risiko yang sendiri.

No comments:

Post a Comment